hari ini aku dan kawan-kawan telah dibawa oleh pensyarah-pensyarah tersayang untuk menjelajah Sunshine Coast, Australia. Tempat ini amatlah cantik. Subahanallah... Airnya yang putih bersih dan sejuk. Pasirnya yang mulus. Alhamdulillah, cuaca hari ini juga agak redup, menambahkan lagi keindahan tempat ini.
Aku sudah agak lama kepingin untuk bermain air laut di bumi Australia ini tetapi hanya hari ini bisa melunaskan keinginan itu. Ya Allah! Aku berasa amat kagum dengan apa yang telah aku lihat dan alami. Kekuasaan Allah sangatlah jelas kelihatan. Dari buih-buih ombak yang menghempas pantai hinggalah pepohon yang memagari tepian pantai.. Sungguh. Terasa sangat puas hati dengan lawatan kali ini kerana aku dapat benar-benar merasai nikmat kesejukan air laut di Sunshine Coast. oh, bukan aku tidak biasa dengan air laut, sahabat. Baitiku di Malaysia letaknya hanya sekitar 200 meter dari gigi air Pantai Bersih. Tetapi tidak sama dengan yang disini kerana perkara yang biasa-biasa aku lakukan di Malaysia seperti duduk di pinggir pantai sambil mengamati kecantikan alam tidak dapat dilakukan disini sewenang-wenangnya. ini kerna disini, pantai-pantai awam letaknya agak jauh dari asrama ku di Queensland Unversity of Technology kampus Kelvin Grove. Jadi kesempatan yang ada ini amatlah aku syukuri. Terima kasih tuhan. Disaat aku ketumpulan idea untuk menyiapkan tugasan, Kau membuka jalan untukku berehat menyelami indahnya ciptaanMu agar dapat ku mencari ilham disamping memanjatkan kesyukuran atas kurniaan alamMu ini.
Walaupun sering diri ini lupa padaMu, Kau tetapi jua memberi rahmat cintaMu tanpa putus. Terima Kasih Allah. Ta.
No comments:
Post a Comment