warkah kali ini, hanyalah satu lagi nukilan rasa dari aku. dan sudah semestinya saperti warkahku sebelum ini, isinya berupa keluh kesah seorang aku. jika malas mahu mendengar, dipersilakan ke laman blog yang lain ya. *adakah orang yang membaca lamanku ini kecuali diri ini. hahaha lucu.*
keluhan ku kali ini ada berkaitan dengan seorang sahabat. mungkin ia hanyalah perasaan ku sendiri yang sering menggambarkan perkara yang bukan-bukan, langsung menimbulkan taksiran-taksiran negatif didalam minda. dan mungkin juga, semua itu bukan sekadar tanggapan. ya benar Amira, kau sudah kehilangan seorang sahabat.
aku tidak tahu apakah aku ada tersilap bicara, terkhilaf gaya, tersasul bahasa. tiba-tiba sahaja sahabat ku ini kurasakan semakin jauh dari gapaian tanganku. tiada kata darinya. langsung. tiada.
sahabat, dimana sahaja kau berada, ketahuilah. aku ingin memohon ampun sekiranya ada perkataan ku menampar wajahmu, perbuatan ku mencalar hatiku. ketahuilah. tiada niatku menyakiti sahabat yang kuanggap saudara. ya. saudara. bukan sekadar siapa-siapa. tetapi jika kau tidak sudi menerima, sekurang-kurangnya, beritahu aku. janganlah disimpan seorang diri rasa sakit dihati. jikalau sudah lahir benci dalam hatimu terhadapku, terpulang apa hukuman kau mahu jatuhkan. aku sanggup. demi seorang saudara. sungguh.
tidak mengapa jika rasa sayang seorang sahabat sudah hilang terhadapku. mungkin aku ada dosanya. maaf sahabat. mungkin seorang aku ini membebankan dirimu.
hmm.. terasa lega setelah menulis disini. jika ada sahabat-sahabat yang membaca nukilan ini dan pernah dilukai aku, sepuluh jari kususun memohon ampun. diharap kalian tidak meninggalkan aku juga.
salam.
"saperti"??
ReplyDeletehahahha.
lain benar anda apabila berbahasa ibunda, pnuh dgn tata susila :P
ReplyDeletexkn la nk tinggalkan, u got me k :)
fnar-siot la hg.. tu ejaan melayu lama tuh.. zaman p.ramlee..
ReplyDeletefara-oh itu sudah pasti. saya ini memang berbudi bahasa dan sopan segala orangnya.
fara n fnar-i know i can count on you guys. always~ thanks though..