Saturday, December 25, 2010

the i-don't-know-what-to-post-but-i-need-to-post-something moment

IMMOBILE
succumb to misery as
watching what supposed to be mine
waltz away with another
thus blocking out the vision
seems somewhat easier
yet painful effort

time crawls away slow enough
to nullify the pain
but not slow enough
to erase the sight of you

alas i choose to step aside
before i have the guts
to condone the fact
that there was never an US
to begin with

so here i am
living but not quite living
watching the world revolve
without me moving an inch
with this regret of not trying
being the bane of my existence

~ph~

*just something i found, lying around*

Sunday, December 12, 2010

datang lagi.

http://www.youtube.com/watch?v=lgT1AidzRWM

aku mengaku, aku tak segak. tak lawa. muka biasa-biasa ja. badan pulak. lagilah! hamba-hamba Allah yang kenal aku semua tau. susah bebenor nak mengurus, kate oghang perak. *ampun dipinta kepada Seha tersayang ^^*
mungkin tak selalu orang berkata aku ni hodoh, kemuka aku ( say them to my face) tapi itu tak maksud aku tak tahu. detak hati orang. payah nak takpedulikan pandangan mata-mata yang kadang-kadang simpati tetapi selalunya sinis.
tapi Alhamdulillah, aku ini manusia yang jenis sedar diri. tahu kelemahan diri yang ini. dan aku usaha, macam-macam dah cuba. tinggal tak ambik dadah ja. bila keluar ke bandar, nampak orang lawa-lawa, segak-segak, mula otak aku buat gambar sebelum dan selepas dalam kepala. ada masa, sampai berangan. lepas tu aku akan senyum sorang2.
sungguh ayam sekali perasaan itu. tapi itu sahaja jarak terdekat untuk aku jadi 'perfect' macam manusia-manusia tu.
bukan tak pernah terlintas. bukan tak pernah tersentuh. bukan tak pernah terguris. tapi aku keraskan hati. biar tajam kutukan orang tu tertusuk ke batu. bukan ketul darah aka hati aku. biar sadis pandangan orang aku tangkis dengan dinding konkrit keliling aku. selalunya aku gelakkan sahaja komen orang, paling tidak senyum. lama-lama dah lali.
tapi aku ada perasaan tau. walau ada kubu konkrit keliling hati, dan walau selaput hati tu granit, tapi bahan asasnya, ketul darah. dan sekarang keliling ketul tu dah runtuh granit-granit dan konkrit-konkrit tu.
tinggallah hati tu macam obor-obor. sekali jentik pun dah mengigil-gigil satu entiti. jadi, lagu ini jadi salah satu tongkat untuk aku bertahan bila rasa itu datang. benci diri, hodoh. semua tu lah.
cuma satu aku pesan, obor-obor memang 'invisible' dan mudah dicedera, tapi sekali sengat, tak sampai 5 minit boleh shut down. *senyum* ingat tu.

Tuesday, December 7, 2010

apa itu gembira?

sudah gembira kembali. terima kaseh chuten kerana sudi menemani hamba meronda bandar brisbane mencari ketenangan. oh dan kerana membantu memberi nasehat agar tidak menggunakan wang yang baki untuk perkara tak penting. huhu jasamu dikenang.
tengok. bukan susah nak membahagiakan diriku ini. aku cuma perlu bebas dari empat dinding ini dan VASSS! senyuman mula terukir.
aku suka keluar sebenarnya. tapi bukanlah kerana suka membeli atau makan atau mencuci mata. aku kurang gemar tempat yang terlalu ramai manusia. macam hari ini di edward street. pening. berpusu-pusu manusia keluar. mencari hadiah krismas mungkin. ah biarlah.
apa pun, aku lebih gemar duduk di taman, lihat gelagat manusia, renungkan aktiviti alam. itu lagi seronok dari membeli. lagi mengenyangkan dari makan. dan lagi menghiburkan dari umpat. sungguh. kadang aku hairan. manusia lebih gemar material yang, sungguh, tak boleh membawa manfaat. terkadang mungkin kerana keinginan. yang lain, hanya untuk dipamer merata alam.
dikemudian hari, menyesal tak sudah. meraung-raung pada tuhan minta rezeki turun menimbun. whatthe! (yours truly included) bila alam tak lagi mengingatkan manusia pada Pencipta. bila cinta tak lagi pada Sang Empunya. iman jadi galang-ganti. taqwa letak tepi.
bukan hendak mendabik dada, ah! aku lagi tinggi iman dari kalian. *gelak* tipu sungguh. iman manusia ni macam yoyo. ada masa tinggi menggunung. ada masa lagi tipis dari dinding sel.
tapi demi girangkan hati, tinggal semua. kurung diri dalam pejabat. kumpul harta tinggi awan. kemudian, beli segala sampai ranap simpanan. pelik sungguh manusia. ada cara lagi murah, mudah dan cepat untuk gembira. keluarlah. lihat ciptaan tuhan semua. lagi lengkap dari segala material dijalin satu. kemudian, panjat syukur. Alhamdulillah, dihidupkan hingga kini. dapat lihat lukisan alam.
nah, seronok kan?

Monday, December 6, 2010

berasa sedih tanpa sebab. banyak alasan aku nak cipta. hujan. bosan. keseorangan. hormon. hahaha. alasan terakhir itu selalu kudengar. entah. mungkin. aku pun tak pasti. salah satu. mungkin semua bergabung. kebabom. mungkin juga bukan satupun. biarlah. yang penting rasa ini. sedih. masalah bertimpa-timpa. tapi aku malu nak jaja. masalah aku ni kalau nak banding dengan orang lain, alahai. apalah sangat. tapi kan Allah turunkan ujian sesuai dengan tahap ketahanan hamba Nya.
jadi mungkin ni tahap aku. cumanya. mungkin masalah ni paling berat setakat ini. aku ni manusia yang susah nak dipengaruh keadaan. selalu aku buat tak endah perkara yang tak penting dan kadang-kadang perkara tu aku buat-buat tak penting.
masalah. masalah. masalah. pening. sakit hati. kadang-kadang aku boleh gelak-gelak dengan kawan-kawan. kadang-kadang pecah empangan.
bukan nak mengadu-mengada. apa-apalah yang orang gandakan. tapi aku sangat perlu orang disekeliling sekarang. susah nk endah minda berputar bila sorang-sorang. sungguh. bahaya duduk sorang-sorang ni. kadang-kadang balkoni tingkat lapan nampak best nak bungee jump. suicidal tendency.
aku yang dulu.
....
tak tahu macam mana nak habiskan pos ni. jadi, cukuplah. kalau aku rasa nak menulis, adalah sambungan dia. kalau tak. tunggulah 2 3 minggu lagi.

Saturday, December 4, 2010

masa itu...

kadang-kadang masa tu rasa panjang sangat. lambatnya dia bergerak.kerling-kerling, aish baru 5 minit?? bila nak habis ni. kadang-kadang masa tu rasa cepat sangat. aik? dah asar? alamak.. sempat tak siap ni?? *garu-garu kepala* masa tu sama ja, tapi sendiri punya psikologi yang buat kita rasa masa tu lembab semacam atau laju nak mampus. selalunya bila agak-agak kita rasa masa tu lama?
macam aku, selalunya waktu kelas la. tambah-tambah kelas erika, aish. dah la selalu kena panggil. cepat la... lagi 2 jam 50 minit lagi kelas nak habis ni.. *padahal baru masuk kelas 10 minit. mengada betoi*
kalau masa laju pulak, kalau tengah tengok movie. tak kisah lah kat laptop atau kat wayang. mesti bila habis movie tu, terkejut. gila lah! 3jam kot. huhu tapi best.
tu la manusia (aka aku sekali la kan....), time buat benda berfaedah, macam-macam songeh. masa lambat la, apa la. time buat benda-benda lagha, laju la. pastu suka pulak tu. haish. apa nak jadi la ni.. cuba la ikhlas buat benda-benda berfaedah. pastu kurangkan benda sia-sia.
*membebel kat diri sendiri*

kalau ma tau ni, jenuh la kena bebel jugak. jadi, baik bebel kat diri sendiri siap-siap. kan ma? ^^

Thursday, December 2, 2010

my beloved...

for a moment there, i thought i have you here with me at all times. guess i'm just plain wrong eh? you were never meant to be here so this wishful thinking is about as impossible as the sun turns midnight blue.

just for you,
dear bank account that's echoing loudly with-OUT content. T_T
susah tegar untuk berbicara bila tiba waktunya. namun bukan masa yang menghalang. tapi minda sendiri yang berputar dan mengarah, "jangan ungkap apa yang akan kau kesali nanti." jadi aku lebih bagus diam. kerana aku takut akan terkhilaf kata lagi.