Sunday, December 12, 2010

datang lagi.

http://www.youtube.com/watch?v=lgT1AidzRWM

aku mengaku, aku tak segak. tak lawa. muka biasa-biasa ja. badan pulak. lagilah! hamba-hamba Allah yang kenal aku semua tau. susah bebenor nak mengurus, kate oghang perak. *ampun dipinta kepada Seha tersayang ^^*
mungkin tak selalu orang berkata aku ni hodoh, kemuka aku ( say them to my face) tapi itu tak maksud aku tak tahu. detak hati orang. payah nak takpedulikan pandangan mata-mata yang kadang-kadang simpati tetapi selalunya sinis.
tapi Alhamdulillah, aku ini manusia yang jenis sedar diri. tahu kelemahan diri yang ini. dan aku usaha, macam-macam dah cuba. tinggal tak ambik dadah ja. bila keluar ke bandar, nampak orang lawa-lawa, segak-segak, mula otak aku buat gambar sebelum dan selepas dalam kepala. ada masa, sampai berangan. lepas tu aku akan senyum sorang2.
sungguh ayam sekali perasaan itu. tapi itu sahaja jarak terdekat untuk aku jadi 'perfect' macam manusia-manusia tu.
bukan tak pernah terlintas. bukan tak pernah tersentuh. bukan tak pernah terguris. tapi aku keraskan hati. biar tajam kutukan orang tu tertusuk ke batu. bukan ketul darah aka hati aku. biar sadis pandangan orang aku tangkis dengan dinding konkrit keliling aku. selalunya aku gelakkan sahaja komen orang, paling tidak senyum. lama-lama dah lali.
tapi aku ada perasaan tau. walau ada kubu konkrit keliling hati, dan walau selaput hati tu granit, tapi bahan asasnya, ketul darah. dan sekarang keliling ketul tu dah runtuh granit-granit dan konkrit-konkrit tu.
tinggallah hati tu macam obor-obor. sekali jentik pun dah mengigil-gigil satu entiti. jadi, lagu ini jadi salah satu tongkat untuk aku bertahan bila rasa itu datang. benci diri, hodoh. semua tu lah.
cuma satu aku pesan, obor-obor memang 'invisible' dan mudah dicedera, tapi sekali sengat, tak sampai 5 minit boleh shut down. *senyum* ingat tu.

2 comments:

  1. kehidupan memang sadis wahai sedari.

    sekarang kamu pilihlah. asid sulfurik pekat atau hidroklorik pekat?

    kerna aku lebih suka memilih terjun di tebingan tinggi dan lemas dilaut lepas. hahaha

    ReplyDelete
  2. pilihan spesies apakah itu? huhu apalah makna membuat pilhan kalau natijahnya sama. kerana sesungguhya aku fail berenang. terapung tu, insyaAllah.. hihihi

    ReplyDelete