Tuesday, December 7, 2010

apa itu gembira?

sudah gembira kembali. terima kaseh chuten kerana sudi menemani hamba meronda bandar brisbane mencari ketenangan. oh dan kerana membantu memberi nasehat agar tidak menggunakan wang yang baki untuk perkara tak penting. huhu jasamu dikenang.
tengok. bukan susah nak membahagiakan diriku ini. aku cuma perlu bebas dari empat dinding ini dan VASSS! senyuman mula terukir.
aku suka keluar sebenarnya. tapi bukanlah kerana suka membeli atau makan atau mencuci mata. aku kurang gemar tempat yang terlalu ramai manusia. macam hari ini di edward street. pening. berpusu-pusu manusia keluar. mencari hadiah krismas mungkin. ah biarlah.
apa pun, aku lebih gemar duduk di taman, lihat gelagat manusia, renungkan aktiviti alam. itu lagi seronok dari membeli. lagi mengenyangkan dari makan. dan lagi menghiburkan dari umpat. sungguh. kadang aku hairan. manusia lebih gemar material yang, sungguh, tak boleh membawa manfaat. terkadang mungkin kerana keinginan. yang lain, hanya untuk dipamer merata alam.
dikemudian hari, menyesal tak sudah. meraung-raung pada tuhan minta rezeki turun menimbun. whatthe! (yours truly included) bila alam tak lagi mengingatkan manusia pada Pencipta. bila cinta tak lagi pada Sang Empunya. iman jadi galang-ganti. taqwa letak tepi.
bukan hendak mendabik dada, ah! aku lagi tinggi iman dari kalian. *gelak* tipu sungguh. iman manusia ni macam yoyo. ada masa tinggi menggunung. ada masa lagi tipis dari dinding sel.
tapi demi girangkan hati, tinggal semua. kurung diri dalam pejabat. kumpul harta tinggi awan. kemudian, beli segala sampai ranap simpanan. pelik sungguh manusia. ada cara lagi murah, mudah dan cepat untuk gembira. keluarlah. lihat ciptaan tuhan semua. lagi lengkap dari segala material dijalin satu. kemudian, panjat syukur. Alhamdulillah, dihidupkan hingga kini. dapat lihat lukisan alam.
nah, seronok kan?

No comments:

Post a Comment