"huh, dah lama aku tak goreng selagu dua..."
detak hati yang sudah lama aku pendam
teragak-agak aku beralih dari skrin komputer sebentar
"nak main ka tak nak? hmm.."
lama merenung dan menimbang
dicapai beg berisi gitar, zip dilurut
gitar ditarik keluar
renung lagi, " banyaknya habuk.. bila eh last aku main ni???"
dalam minda mencongak-congak tarikh
"walaweyh, dah 4 bulah lebih aku tak main.. biaq betik!"
terpegun sebentar.
termenung lagi sambil menusap-usap gitar berhabuk
ini hasil universiti tarbiyyah aku rupanya
bukan senang nak pisah aku dengan gitar ni
dah lama aku cuba, tapi akhirnya Allah sendiri yang tarik gitar dari hati aku
ku capai pick dan capo, lagi 4 non blondies berkumandang diiringi petikan gitar
masih ingat rupanya aku
tapi kenapa aku dah tak rasa segembira dulu?
kenapa aku dah tak rasa sepuas hati dulu?
padahal dulu aku main macam longkang kut.
MashaAllah... TarbiyyahNya dah buat aku mahu lebih dari irama dunia
SubhanAllah.. CintaNya dah buat aku mahu lebih dari gembira manusia
Sungguh. Kosong hati dulu yang terisi dengan petik riang gitar itu kini berganti
ketukan gendang diiringi puji-pujian cinta hamba pada Penciptanya.
Allah... Mukjizat aneh-aneh yang manusia cari
tapi nikmat kasih sayang depan hidung manusia tak nampak
sungguh... Pencipta lagi cinta pada makhlukNya dari MakhlukNya yang tak sedar-sedar diri ni cinta pada Sang Pencipta.
Allah Allah Allah.... Astaghafirullah al azimmm...
No comments:
Post a Comment