Wednesday, March 9, 2011

nostalgia menunggu zuhur.

dikala kesunyian menghambat diri, dek kerana kejauhan dirantau orang. dikala wajah-wajah terlihat bukanlah wajah-wajah yang mengisi hati. dikala malam-malam berlalu dengan mimpi-mimpi indah saat tawatangis kita bersama. dikala petang bukan lagi saat untuk minum teh dan bertanyakhabar dan bercerita khusyuk. ibu, ayah, kakak, dan adik-adikku, ketahuilah. aku senang dengan hanya bergantungharap dengan Dia yang Maha Tahu dan Maha Sayang agar sihat dan selamat kamu-kamu disana dan semoga hari berjumpa semula tiba dengan penuh rahmat dan redhaNya. sampai nanti, kekasih-kekasih hati.

No comments:

Post a Comment