entiti yang selalu diperhati
selalu eksperimentasi
bagi para sang dewasa
apalah mereka ini
hanya sekadar objek atau item
untuk dicanai, diuli
membentuk rakyat sejati
sudah lama terlihat
dimata kami murid
orang dewasa sangat berkuasa
menentukan arah tuju hidup kami
berapa ratus markah kami
berapa ramai Gred A kami
berapa banyak yang kami perlu pelajari
kalau anak-anak murid yang bijak
tak perlu risau orang dewasa
"Seronok ajar budak pintar, tak perlu hempas pulas"
betul.
sejuk hati mengajar anak bijak
terang hati belaka
tapi anak yang sedikit lambat memaham?
"Saya tak mahu masuk kelas itu.
Budak kurang ajar. Pemalas. Bodoh pulak tu.
Mengapa perlu diajar orang yang pasti gagal?"
mudah sungguh ditolak tepi anak-anak itu
tapi sedarkah cikgu?
anak itu jua mahu belajar
cuma perlu dipimpin erat sedikit
cuma perlu disuap sedikit
tapi berapa ramai yang sudi
gengam erat jari anak berhingus itu?
suap cermat mulut anak comot itu?
berdosa cikgu
Allah sudah beri amanah
bukan anak kandung sahaja amanah
anak didik juga pembuka pintu rezeki
sama sahaja darjat mereka
walaupun bukan darah sendiri
ajarlah cikgu
sabarlah cikgu
bila mereka berjaya eja nama sendiri
tahulah cikgu rasa gembira
dan tersenyum para malaikat
melihat Allah memberi rahmati kepadamu
sesungguhnya redha Allah lebih tinggi nilai dari
sijil penghargaan hamba-hambaNya.
p/s : This is for you little brother. Smile, those people will pay later.
I wish you may be a good teacher one day ! I pray for you my sis :) lurve you
ReplyDeleteAmin ya Rabbul Alamin.. Please do dear sister. Love you too fillah.. Do take care!
ReplyDelete