cinta asli. mana nak cari? mana nak beli? mana nak gali?
kalau dalam drama macam kilat. sekali kerlip hati terpaut.
sepuluh episod sang teruna mengejar dara meluah rasa.
sebelas episod si dara mimpi-mimpi wajah kacak teruna.
lepas dua belas episod, baru tahu cinta bersambut.
selang lapan episod pulak kompang bergema. *senyum*
ni cliche cerita melayu na. bukan cerita sebenar.
lepas tengok empat lima cerita, mula la yang terlangut tengok tu
berangan sama. "nanti nak kawin dengan yang hensem-hemsem macam Remy Ishak lah."
"Fuh dapat kawin dengan heroin tu, best.." seronok angan panjang.
sampai kat luar pun nak cari-cari pakwe yang hensem-hensem ja. yang
teruna pulak nak yang cun-cun ja. dahi licin. rambut ikal.
yang biasa-biasa tak main la. lagi mantap kalau sang bertentang jantina tu
ada campur-campur darah. meletup. ni zaman sekolah. kalau zaman dewasa, kejar yang kaya.
yang berkerjaya. yang berkereta. tak kisah muka pecah rumah, asal duit berkeput dalam peti besi.
*garu-garu kepala* habis macam tu, mana datang cinta asli? cinta sejati? cinta suci?
*senyum* itulah cakap, mana nak cari? mana nak beli? mana nak gali cinta asli? kalau asas cinta tu
dipermukaan saja. susah. cinta tu rumahnya dihati. macam mana cinta nak sua muka kalau
tak diketuk rumahnya? setakat layur-layur dari jauh, mana nak sampai. faham?
alahai cinta. kata nama yang mudah disebut tapi sukar, payah, susah nak maksud.
kesian cinta.
dey tangechee..
ReplyDeleteapa cintan2 ni deyyy
tak rock la lu !!!
ahahaha... saja mood kenduri kawin la thamby~ ^^
ReplyDelete