mata terus merenung langit. indah sungguh malam ini. meski hanya neon menerangi. meski bintang segan berkelip. meski bulan malu menyua rupa. masih indah. apa beza malam ini dan yang sekiannya? tiada. malam ini hangat juga seperti hari-hari lalu. musim panas sudah tiba, mengetuk mentari agar menyinar lama sedikit. biar singkat malamnya.
namun, malam yang tidak berapa kerat itu tetap ku nanti. kerna aku suka kegelapan malam. masa yang patut untuk berehat bagi beberapa, dan untuk bersuka-suka untuk yang lain. bagiku malam bagus untuk hirup udara sejuk. biar lapang dada. gelap malam buat hatiku tenang. tak perlu fikirkan apa agenda seterusnya. berapa lagi masa yang tinggal hingga mentari muncul? bulan belum berkirim salam lagi. rindu mahu bercerita dengan malam. urusan siang. jerih kerah tenaga. hangat membakar langkah. tangis hati merindu yang disana. masih menunggu sang malam.
No comments:
Post a Comment