Thursday, February 16, 2012

dan ketentuan Allah adalah sebaik2 ketentuan. *please2 jgnlah kaksheerin pressure lagi esk...*

Monday, February 13, 2012

kejam keja kej ke k~

kalau insan itu dijadikan semuanya maksum, apa perlu wujudnya neraka. jadi Allah itu kejam ka sebab wujudkan neraka dan cipta syaitan untuk goda manusia? bukannnnn.... sungguh, bukan sebab tu lah. Allah cipta syaitan dan neraka yang tujuh lapis tu sebab Allah nak manusia ni berusaha untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup depa ni. be it Pahala, Syurga or Allah tu be their eyes, ears and hands. sebab tu lah Allah cipta Syurga tu pun ada 7 lapis. so that, even the weakest among us would be able to do good deeds and be judge about it on the Day of Judgement and allocated in Jannah, befits your deeds, no matter how small they would be. Jum, fastabiqul kahirat! (berlomba-lomba kearah kebaikan) semoga Allah cinta dan redha padamu seperti redhanya Allah pada org2 beriman dan mereka juga redha padaNya. (redha dengan ketentuanNya).

Thursday, February 9, 2012

bila malam bintang sembunyi

feeling slightly light-hearted despite the mounting workload in front of my eyes. thank you Allah. :)

(background sound: al-Baqarah 2:25 and fan)

Wednesday, February 8, 2012

Tuesday, February 7, 2012

browsing through the old pictures. and the heart is crying out for the loss of innocence.
deafening silence. macam malam ni.

Thursday, January 19, 2012

permudahkan urusan ku, Ya Rabb~

"Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Rahim, Engkaulah Tuhannya orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapa Engkau menyerahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asalkan Engkau tidak marah kepadaku. Sedangkan afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari langit dan menerangi segala yang gelap dan atas-Nyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat. Dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau." - Doa ar-Rasul SAW di Thaif setelah dihalau dan dibaling dengan batu sehingga luka-luka tubuh badannya


(pinjam dari Inche Gabbana here)


Kdg2 rsa sungguh lemah. pergerakan diri asyik disalah erti. mungkin kerana dosa sendiri, mungkin kerana lupa diri. lalai sebentar dengan hibur duniawi. jalan ni tak mudah, itu benar. bak kata IHAB, kalau jalan ni mudah, sudah pasti berbondong2 manusia akan bersama mu. tapi tolong mengerti diri ini, kerana sesungguhnya iman diri ini tersangatlah mudah naik dan turun. terkejar2 nak seimbang urusan dunia dan akhirat kerana sungguh Allah kurniakan diri ini dengan tanggungjawab besar. tolonglah fahami, diri ini bukan sengaja ingin melambat kerja kalian tapi sekadar mohon sedikit ruang nafas. diri ini masih sedang menyusun hidup sendiri. Ya Rahman, permudahkanlah urusan kami. Janganlah Kau sempitkan dunia kami kerana dosa kami kerana sungguh kami ini insan marhaen. Amin ya Rabbul 'Alamin~