"Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Rahim, Engkaulah Tuhannya orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapa Engkau menyerahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asalkan Engkau tidak marah kepadaku. Sedangkan afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari langit dan menerangi segala yang gelap dan atas-Nyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat. Dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau." - Doa ar-Rasul SAW di Thaif setelah dihalau dan dibaling dengan batu sehingga luka-luka tubuh badannya
(pinjam dari Inche Gabbana here)
Kdg2 rsa sungguh lemah. pergerakan diri asyik disalah erti. mungkin kerana dosa sendiri, mungkin kerana lupa diri. lalai sebentar dengan hibur duniawi. jalan ni tak mudah, itu benar. bak kata IHAB, kalau jalan ni mudah, sudah pasti berbondong2 manusia akan bersama mu. tapi tolong mengerti diri ini, kerana sesungguhnya iman diri ini tersangatlah mudah naik dan turun. terkejar2 nak seimbang urusan dunia dan akhirat kerana sungguh Allah kurniakan diri ini dengan tanggungjawab besar. tolonglah fahami, diri ini bukan sengaja ingin melambat kerja kalian tapi sekadar mohon sedikit ruang nafas. diri ini masih sedang menyusun hidup sendiri. Ya Rahman, permudahkanlah urusan kami. Janganlah Kau sempitkan dunia kami kerana dosa kami kerana sungguh kami ini insan marhaen. Amin ya Rabbul 'Alamin~
No comments:
Post a Comment