Wednesday, March 28, 2012

Sharing Tengah Malam 1

Hadis 19 / 40 : Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.

Bila hati rasa sedih, bila diri dilanda ujian,bila perasaan tak tenteram, bila otak tunggang terbalik,

Jangan mulakan dengan mencari salah siapa, jangan mulakan dengan memaki hamun, jangan mulakan dengan merosak diri dan harta,

tapi mulakan dengan memandang kelangit, kemudian pusing kiri kanan, lepas tu tunduk kebumi,

bukan nak cari tahi bintang, bukan jugak nak cari makanan,

lihat alam yang indah ni, kemudian muhasabahlah, siapa Pencipta alam yang indah ni? siapa juga Pencipta khalifah kat bumi ni? siapa Pemelihara bumi dan langit dan seisi antaranya?

Allah Azzawajalla kan? kalau Allah datangkan ujian kepada kita, MESTILAH Allah boleh bimbing kita untuk laluinya.

Umat mukmin adalah umat paling bahagia dan berjaya asalkan sentiasa menjaga Allah. bukan dengan babysit, bukan jugak buat azimat gantung kt tengkuk, tapi jagalah hubungan dgn Allah dengan laksanakan ibadah yg sohih. :)

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi ‘ulul-albab’ (ahli fikir). 
3-191: (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.”  Ali Imran 3:190-191
p/s : Dlm ayat ni, ada doa melihat alam jugak. ^^,

No comments:

Post a Comment