Sunday, January 16, 2011

keluar.


terkebil-kebil sebentar. kopi dah secawan. tapi mengantuk.
aku harap aku tak payah keluar esok. tapi perlu, untuk sedarkan diri.
untuk muhasabah diri. lihat sendiri kemegahan manusia di'reduce' kepada
'mere debris'. bukan untuk berbangga-bangga, ya aku ada dibumi Kanggaroo
bila mana bah melanda. bukan itu. aku tak mahu bergambar, macam kata Anna Bligh,
"this is NOT a tourist attraction, this is a disaster." aku mahu tolong. sungguh. bila bangun pagi, perkara pertama aku fikir, "Ok, apa boleh aku buat untuk saudara-saudara aku hari ni." tapi hari berganjak dan aku tak tergerak. mengapa, aku tak pasti. mungkin aku tak biasa berada dibarisan hadapan. mungkin aku pengecut. lebih selesa berada dibalik tabir sahaja. 'complete shadow.'

*senyum*

ya, aku bukan manusia yang betah bergelumang dengan manusia. aku lebih gemar bergerak sendiri, tak perlu ada yang tahu perbuatan aku. biar aku dan Dia sahaja.
tapi sungguh aku tak sanggup mahu keluar esok. bukan kerana belagak, bukan jugak kerana
dalam 'denial'. aku tak sampai hati. tak sanggup.
tak apa. biarlah aku lelap dulu malam ini. biarlah esok aku buat-buat sibuk. semoga aku tak perlu keluar esok. amin.

No comments:

Post a Comment