Saturday, September 4, 2010

baru terjumpa..

aku muslim. sudah lama.
sejak lahir lagi.
aku muslim. kad pengenalanku ada tertera.
dengan megah. Islam.
tapi. baru sahaja aku terjumpa.
jati diri yang hilang.
ya baru 2 bulan lebih kurang.
aku baru terjumpa Islam.
aku baru kenal apa itu muslim.
*termenung*
ya Allah, sesungguhnya aku malu padaMu.
Kau tidak pernah lupa padaku.
berkali-kali Kau kirim peringatan.
berkali-kali juga aku tak peduli.
ya Malik, aku hanyut.
sayu hatiku terkenang.
dosa-dosa silam.
yang berat yang ringan.
ah, terlalu pedih untuk diungkai.
biar sahaja jadi rahsia kita, ya Allah?
tiada lain tempat kumengadu.
sakitku, riangku, pedihku, maluku.
hanya Kau yang satu.
yang selalu ingat padaku.
yang selalu sayang padaku.
yang selalu mengingatkan aku.
yang lalai.
yang tak kisah.
yang malas.
yang hina.
*tunduk*
izinkanlah aku bercinta denganMu Kekasih.
redhaMu ingin kukejar.
sebelum Izrail melambai pulang.

2 comments:

  1. kadangkala,
    pabila kita mengharap sekalipun
    seru itu lambat menyapa kita

    namun,
    pabila dia datang bersua
    sahut panggilannya,
    genggam erat pegangannya

    dan saat itu,
    jangan biar dia berlalu lg


    *x sangka..bdk kg blkg kastam ni pndai berefleksi*

    ReplyDelete
  2. sorry lambat merespond.

    insyaAllah hidayah ini akan digigit kemas
    supaya tak lagi diri terjerumus kedalam lumpur
    yang paling dalam.

    ReplyDelete