entri pertama aku dalam bahasa ibunda.
khas buat wan tersayang, Md. Radzi bin Jusoh.
tanggal 18 November 2009, 2 Zulhijjah 1430, tepat pukul 1 petang.
aku berlarian dari Dewan Kesyukuran, dewan makanku di Kem Bina Negara Meru, menuju ke Wira 2, mencari telefon bimbit.
semalam along mengkhabarkan wan sudah nazak. mereka dan saudara2 lain sedang membacakan yaasin. bersedia dengan segala kemungkinan.
aku kira, sempatlah aku ingin bertanya perkembangan kesihatan wan hari itu. esoknya hari terakhir kem. jikalau wan sudah stabil, bolehlah aku bergegas pulang ke Penang sehabis kem.
telefon dicapai. 1 missed call. 3 messages.
panggilan along tidak bersambut, 10.34 am. mesej dari Hotlink, Maksu dan along.
jariku menggigil. hatiku tidak keruan.
aku cuba menenangkan diri dengan membaca junk message dari hotlink.
kemudian mesej maksu, 'mira blik ka?'
*terpaku*
mau balik kemana?
mesej along, '****..wan dh mgl..pg td kul 10.30 td'
terduduk.
terkaku.
lutut ku lemah.
telefon hampir terlepas.
segera ak mencari aliaa.
kukira dia baru pulang dari dewan makan.
diluar dormnya, dia menyapa.
'aliaa,i need to talk to you.'
'jom2 masok dorm ak'
*duduk*
aliaa, wan aku dah takde.
*diam*
tangan aliaa mengusap bahuku.
pecah empangan.
itu sahaja yang mampu ku lakukan.
senyum tawa,
riak muka,
sinar mata.
zero.
nada.
no more.
takde.
hilang.
wan, esok mira balik penang.
sekejap sahaja lagi.
wan.
kenapa tak tunggu mira.
kenapa
kenapa
kenapa
*bungkam*
bila ajal smpi,kita xleh tahan atau cepatkan even 1 saat..sume kerja tuhan..=)
ReplyDeletebtw..welcome 2 blogging world..it's cool!
ReplyDeletebro fir, wuuuu... saye tao tp tu je yg leh saye pikir time ni... haish...
ReplyDeleteoh ye.. trimas for the warm welcome.. ble mao lepak penang?? saye bawak jenjalan..